
SK KERAMBIT
DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA YANG MURNI ABADI SEJATI, DISINI TERSEMAI CITA-CITA BERCAMBAH MENJADI WARISAN.
PEMBERITAHUAN
Pihak sekolah telah menetapkan bahawa permulaan cuti sempena Perayaan Tahun Baru Cina adalah bermula pada 19.2.2015 (Khamis) hingga 23.2.2015 (Isnin). Harap maklum..
Surat makluman kepada penjaga telah diedarkan oleh Unit Hem.
◄
1/1
►
Anda mempunyai cadangan, hantarkannya kepada kami..

01
Pengajaran Berteraskan KSSR
Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21, guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.
02
Penekanan Kearah KBAT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) iaitu penekanan kepada 3 aras teratas dalam aras pemikiran mengikut Taksonomi Bloom (Revisi) iaitu menganalisis, menilai dan mencipta.
03
Keseimbangan JERIS
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
04
Sekolah dan Komuniti
Kerjasama yang jitu antara pihak sekolah dengan komuniti menggunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan suatu keselarasan pandangan dan komitmen bagi memastikan kemenjadian murid dipikul oleh dua hala.
05
Sekolah Dalam Taman
Menghasilkan suatu kreativiti dalam lanskap sekolah yang bertemakan sekolah dalam taman untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna dan boleh digunapakai untuk sesi pengajaran agar lebih bernilai tambah.
06
Penetapan Hasil Prestasi Yang Intergral
Berdasarkan kepada penetapan yang realiti dan bukan relatif maka pihak sekolah telah menetapkan satu standard yang jitu untuk mencapai visi dan misi sekolah.