top of page

PIAGAM PELANGGAN SK KERAMBIT

 

Kami, warga Sekolah Kebangsaan Kerambit dengan penuh iltizam, berikrar dan berjanji komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta kepuasan kepada pelanggan-pelanggan kami berdasarkan piagam seperti berikut:-

 

MURID

  • Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid lebih dari hal-hal lain.

  • Memastikan semua murid dilayan dengan adil dan saksama untuk mendapatkan hak pendidikan.

  • Sentiasa bersikap adil terhadap semua murid.

  • Membimbing dan mengajar murid tanpa mengharapkan bayaran.

  • Memastikan semua murid mendapat hak kemudahan yang disediakan secara maxsimum.

  • Memelihara serta memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian; penyelidikan lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya mutu pengajaran mencapai tahap semaksimumnya.

 

IBU BAPA / PENJAGA

  • Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara pihak sekolah dan penjaga.

  • Berusaha menguruskan segala urusan dengan penjaga tidak melebihi 30 minit.

  • Menganggap segala maklumat penjaga kepada pihak sekolah adalah SULIT dan tidak akan membocorkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan.

  • Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan anak-anak kepada penjaga/ ibubapa.

 

STAF

  • Memastikan kebajikan staf dijaga dengan baik.

  • Memastikan segala dokumen dan maklumat ‘SULIT’ disimpan dengan selamat.

  • Sentiasa berusaha meningkatkan kemajuan staf.

  • Memastikan semua guru menerima jadual waktu dan memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dari hari pertama persekolahan.

  • Memastikan semua staf mendapat peluang untuk meningkatkan kompetensi masing-masing.

  • Memastikan semua staf dilayan dengan adil dan saksama.

 

KOMUNITI

  • Mengelakkan diri dari menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara yang bertentangan dengan Rukun Negara.

  • Menghormati dan membina hubungan baik dengan masyarakat setempat dengan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warga negara dan sanggup mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan.

  • Menjalin kerjasama dan permuafakatan di antara guru dan ibubapa, organisasi dan masyarakat setempat.

  • Berpegang kepada norma-norma dan adat budaya yang diterima oleh mesyarakat setempat serta menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

  • Berusaha menyelesaikan urusan dengan masyarakat tidak melebihi 30 minit.

 

‘STAKE HOLDER’

  • Memberi maklumat yang tepat dan segera pada bila-bila masa.

  • Memberikan kerjasama serta penglibatan dalam semua aktiviti yang diadakan.

  • Menyediakan program pembangunan/ perkembangan staf agar semua staf bersedia dan berilmu dalam bidang yang terlibat.

  • Melaksanakan segala arahan pihak atasan sama ada lisan atau pekeliling dengan serta merta.

  • Menggunakan serta menyelenggara segala kemudahan dan peralatan yang diberikan dengan sempurna dan cekap.

  • Menyediakan maklumat yang diperlukan oleh pihak jabatan/ kementerian selewat-lewatnya 3 hari selepas menerima arahan.

 

 

© 2015 by SK Kerambit. 

<<<<<PENAFIAN>>>>>

Segala kandungan dan paparan dilaman ini bukanlah merupakan rekod rasmi sekolah. Sebarang maklumat yang tidak benar adalah diluar tanggungjawab pihak pengurusan laman ini. 

  • Facebook Round
  • Twitter Round
  • YouTube Round
  • Google Round
bottom of page